.About diz blog.

Foto saya
Puchong Jaya, Selangor, Malaysia
blog ini aq sediakan khas utk menceritakan mengenai seorang gadis yang diberi nama Alisya Syakura.. ikutilah blog ini utk mengetahui cerita si dia..

Jumaat, 22 Oktober 2010

.setelah sekian lama.

Hurmm. Sekian lama aku telah meninggalkan zaman persekolahan aku. Dan kini aku telah digelar sebagai siswazah. Alangkah baiknya jikalau Aqilah ambil aliran yang sama dengan aku. Haiz. Mengeluh lagi. Aku ambil bidang kedoktoran. Medik. Aqilah pula ambil undang-undang. Maklumlah dia nak sangat jadi peguam. Tapi bukan sebarang peguam. Peguam syariah tau! Moga-moga dia dapat menegakkan agama Islam kita ke arah kebenaran. Aku pula nak jadi doktor. Itulah satu-satunya hajat mama aku. “Isya, mama teringin sangat salah seorang daripada anak-anak mama menjadi doktor”. Berjayakah aku menjadi seorang doktor??

Jumaat, 25 Jun 2010

.Aku buat keputusan.

Aku berteleku di atas katil ku yang serba pink. Aku teringat akan kata-kata aunty Bell. “nak ke aku jadi jadi anak angkat dalam keluarga aunty Bell?” Aku bangun dan berjalan ke arah bilik air untuk mengambil air wuduk. Aku melakukan solat sunat istikharah yang mamaku sempat ajar sebeum dia pergi meninggalkan aku hidup sebatang kara di atas muka bumi ini. Aku mohon pertolongan Allah s.w.t. Aku menadah tangan dan berdoa dengan penuh khusyuk kepada Illahi.

Sesudah aku melakukan ibadat kepada Allah, aku menuju ke anjung rumah. Aku menikmati angin sepoi-sepoi yang menampar tubuhku yang kerdil ini. Esok aku perlu pergi ke sekolah kerana besok merupakan hari yang aku nanti-nantikan selama ini.

Kringgggggg~~~~~ Keputusan SPM sudah keluar. Aku sudah berdebar-debar. Bertawakal sahajalah pada yang berkuasa. Aku perlu bersyukur dengan keputusan yang aku dapat.

“Alisya Syakura!!”

Aku berjalan ke arah guruku dengan perlahan. Selangkah demi selangkah aku menuju ke meja guru. Aku mencapai slip keputusan aku. Dengan bacaan bismillah, aku melihat keputusan aku. ALHAMDULILLAH..! aku dapat 8A1 dan 2B. Aku bersalaman dengan guruku dan memeluknya. Aku menangis teresak-esak. Aku amat sedih bercampur gembira. Aku keluar kelas dan menuju ke belakang sekolah, di mana tempat yang aku selalu menjadikan port aku untuk bersendirian. Aku menangis, menangis dan menangis tanpa henti.

Papa, Mama… Isya sudah dapat keputusan SPM. Isya dapat 8A, 2B. Tapi sudah terlewat untuk Isya buktikan pada papa dan mama. Papa dan mama tak sempat nak lihat keputusan Isya. Tapi Isya percaya, papa dan mama gembira dengan keputusan yang Isya dapat. Papa, mama izinkan Isya menjadi anak angkat dalam keluarga aunty Bell ya?

Uncle Zairie dan aunty Bell dating ke rumah. Aku yang mengarah mereka dating ke rumahku. Aku mahu berbincang dengan mereka mengenai pengambilan aku sebagai anak angkat mereka.

“uncle, aunty.. Isya sudah buat keputusan muktamad. Isya bersetuju menjadi anak angkat uncle dan aunty”.

“betul ke,Isya? Alhamdulillah. Aunty dah lama menunggu kehadiran Isya dalam keluarga aunty.”

“besok kita pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan.” kata uncle Zairie.

Isnin, 14 Jun 2010

Aku jadi anak angkat mereka?

Pagi tadi, aku berjalan-jalan mengambil angin pagi seorang diri. Ketika aku berjalan melayan perasaan aku, tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang posmen menunggang motosikal kearah apartman aku. Aku teruskan perjalanan aku ke satu lorong kecil. Kemudian, aku terdengar bunyi motor di belakang aku. Aku terus berpaling ke arah motor itu dan motor itu bergerak perlahan-lahan mengekori aku. Aku berkata dalam hati, “apa masalah mamat ni? Tak ada kerja ke? Apsal dia ikut aku?

“nak pergi ke mana ni?” bersuara pulak posmen itu.

“nak pegi rumah member.

Tiba-tiba dia datang lagi dekat padaku.

“owh.. umur berapa ni?” semak pulak mamat ni, soal umor aku.

“entahlah.. saya pun tak tau umur saya berapa.” Aku jawab acuh tak acuh je.

Aku terus pergi, tanpa menunggu tindakan dia yang seterusnya. Aku baru je gerak 2 langkah ke hadapan. Aku dengar dia cakap something.

“SOMBONG BETUL!”

“haha that is your problem mister!” aku jawab dalam hati..

Hmm.. tanpa mempedulikan posmen itu. Aku teruskan perjalanan aku ke rumah rakan sejati aku, Nur Aqilah. Aku tiba sahaja di hadapan rumahnya. Aku lihat ibu bapa Aqilah dan Aqilah datang menyambutku dengan senyuman mereka yang terukir manis dibibir mereka. Aku terus salam mereka.

“Isya!! Mari la masuk. Makanan semua dah siap terhidang. Mummy masak special khas untuk Isya tau.” Aqilah datang peluk aku. Erat sangat.

“oh ye ke? Perut saya ni pun tengah lapar ni, dari tadi asik bernyanyi je.”

“HAHA. Apa lagi, masuklah.”

Kami semua duduk sekeliling meja makan. Hmmmmmm~~~ sedapnya bau… auntie Bell memang mahir memasak. Lepas kami makan, aku dan Aqilah tolong aunty Bell kemas-kemas apa yang perlu. Setelah selesai mengemas, kami semua berkumpul di ruang tamu yang dihias dengan bunga-bunga yang segar. Hmm.. aku pelik dengan tikah-laku mereka. Mereka macam ada sesuatu yang mereka hendak katakan. Tapi apa ya? Disebabkan mereka tidak mahu mengeluarkan kata-kata mereka, jadi aku la yang mulakan.

“Kenapa semua orang diam? Ada apa-apa ke?”

“urm. Isya, aunty and uncle and whole family dah bercadang nak ambik Isya sebagai anak angkat kami. Kami tak nak Isya tiggal sendirian dalam rumah Isya tu. Jadi, nanti Isya balik rumah.. Isya fakir-fikirkan lah dahulu. When you are ready, please tell us ok? Kalau boleh immediately please. Kami semua sayang Isya.” Panjang lebar aunty Bell terangkan kisah sebenar sebalik kesepian mereka.

“urr… Isya tak sangka pulak perkara ini akan berlaku pada Isya. Isya pun tak pernah terfikir nak keluarga angkat. Bagilah Isya masa untuk buat keputusan.”

“tak apa. Isya ambillah masa untuk berfikir. Uncle tak nak buru-buru pun. Tapi lagi cepat, lagi bagus.” Uncle Zairie berkata dengan nada yang girang.

“ma, pa. Ila nak bawak Isya jenjalan kat taman kejap ye?”

“pergilah. Tapi jangan pulang lewat tau.”

“baik, pa. Pergi dulu.”

Kami duduk di bawah pokok kembong yang berbunga putih. Bunganya harum. Haa~ Kami berdua berlabuh di bawah pohon yang rendang ini. Mata kami menikmati keindahan pemandangan dari atas bukit taman ini. Syukur terhadap Ilahi yang telah mengurniakan keindahan alam ini buat kami.

“Isya, saya harap awak terimalah kami sebagai keluarga angkat awak. Saya tak sabar dah ni!”

“awak ni Qila. Sabar-sabar la. Saya baru je dapat berita ni hari ini.”

“hekhekhek. Tau. Saja je.”

“Qila, awak kata awak ada abang. Tapi saya tak Nampak pun abang awak tadi.”

“owh. Abang Sham ada dekat Mekah. Ada kerja dekat sana.”

“Laaa.. patutla tak Nampak dia tadi.”

“hehe.. Isya pernah jumpa abg Sham sebelum ini?”

“rasanya tak pernah. Awak tak nak showoff kat saya pun.. hehe”

“eleh.. saya pula awak salahkan. Bila dia ada, awak tak nak datang. Padan muka!”

“saya pulak.”

Khamis, 10 Jun 2010

.Aku Stress!!.

AKU STREEESSSSS!!!!! Hidup aku kini kesunyian tanpa mak bapa aku untuk mendapat kebahagiaan dan kasih sayang , keluarga aku. Mereka semua telah meninggal dunia akibat eksiden ke dalam gaung. SEDIH! Yang amat perit, tidak dapat aku tahan. Saban hari aku menangis melihat foto-foto keluarga aku. Aku rindu mama, papa, along, angah… kenapa aku tidak turut dibawa pergi bersama mereka? Siapa lagi yang dapat teman aku di atas muka bumi ini? Aku hidup sebatang kara. Saudara-mara aku semuanya sudah pergi ke rahmatullah, kecuali mak cik aku. Aku pelik dengan dia. Entah kenapa dia benci sangat dengan keluarga aku. Dia tidak puas mencari kesalahan keluarga aku. Adakah dia yang menyebabkan keluarga aku eksiden ke dalam gaung itu? Ah! Tak mungkin. Aku pasti dia tidak sejahil itu. Tak mungkin dia nak bunuh keluarga akak dia sendiri. Tak mungkin! Tak mungkin!

Jumaat, 28 Mei 2010

.kata-kata aluan didahulukan.

salam sejahtera sumenyee.. well.. blog ni baru jee muncul dlm dunia blogging ni.. blog ni dilahirkan pada 29/05/2010.. pada pukul 1.30 petang.. blog ni akan menceritakan mengenai seorang gadis yang diberi nama, Alisya Syakura... well, nantikanlah ceritera si dia.. njoy~~