.About diz blog.

Foto saya
Puchong Jaya, Selangor, Malaysia
blog ini aq sediakan khas utk menceritakan mengenai seorang gadis yang diberi nama Alisya Syakura.. ikutilah blog ini utk mengetahui cerita si dia..

Jumaat, 25 Jun 2010

.Aku buat keputusan.

Aku berteleku di atas katil ku yang serba pink. Aku teringat akan kata-kata aunty Bell. “nak ke aku jadi jadi anak angkat dalam keluarga aunty Bell?” Aku bangun dan berjalan ke arah bilik air untuk mengambil air wuduk. Aku melakukan solat sunat istikharah yang mamaku sempat ajar sebeum dia pergi meninggalkan aku hidup sebatang kara di atas muka bumi ini. Aku mohon pertolongan Allah s.w.t. Aku menadah tangan dan berdoa dengan penuh khusyuk kepada Illahi.

Sesudah aku melakukan ibadat kepada Allah, aku menuju ke anjung rumah. Aku menikmati angin sepoi-sepoi yang menampar tubuhku yang kerdil ini. Esok aku perlu pergi ke sekolah kerana besok merupakan hari yang aku nanti-nantikan selama ini.

Kringgggggg~~~~~ Keputusan SPM sudah keluar. Aku sudah berdebar-debar. Bertawakal sahajalah pada yang berkuasa. Aku perlu bersyukur dengan keputusan yang aku dapat.

“Alisya Syakura!!”

Aku berjalan ke arah guruku dengan perlahan. Selangkah demi selangkah aku menuju ke meja guru. Aku mencapai slip keputusan aku. Dengan bacaan bismillah, aku melihat keputusan aku. ALHAMDULILLAH..! aku dapat 8A1 dan 2B. Aku bersalaman dengan guruku dan memeluknya. Aku menangis teresak-esak. Aku amat sedih bercampur gembira. Aku keluar kelas dan menuju ke belakang sekolah, di mana tempat yang aku selalu menjadikan port aku untuk bersendirian. Aku menangis, menangis dan menangis tanpa henti.

Papa, Mama… Isya sudah dapat keputusan SPM. Isya dapat 8A, 2B. Tapi sudah terlewat untuk Isya buktikan pada papa dan mama. Papa dan mama tak sempat nak lihat keputusan Isya. Tapi Isya percaya, papa dan mama gembira dengan keputusan yang Isya dapat. Papa, mama izinkan Isya menjadi anak angkat dalam keluarga aunty Bell ya?

Uncle Zairie dan aunty Bell dating ke rumah. Aku yang mengarah mereka dating ke rumahku. Aku mahu berbincang dengan mereka mengenai pengambilan aku sebagai anak angkat mereka.

“uncle, aunty.. Isya sudah buat keputusan muktamad. Isya bersetuju menjadi anak angkat uncle dan aunty”.

“betul ke,Isya? Alhamdulillah. Aunty dah lama menunggu kehadiran Isya dalam keluarga aunty.”

“besok kita pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan.” kata uncle Zairie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan