.About diz blog.

Foto saya
Puchong Jaya, Selangor, Malaysia
blog ini aq sediakan khas utk menceritakan mengenai seorang gadis yang diberi nama Alisya Syakura.. ikutilah blog ini utk mengetahui cerita si dia..

Isnin, 14 Jun 2010

Aku jadi anak angkat mereka?

Pagi tadi, aku berjalan-jalan mengambil angin pagi seorang diri. Ketika aku berjalan melayan perasaan aku, tiba-tiba aku terlihat kelibat seorang posmen menunggang motosikal kearah apartman aku. Aku teruskan perjalanan aku ke satu lorong kecil. Kemudian, aku terdengar bunyi motor di belakang aku. Aku terus berpaling ke arah motor itu dan motor itu bergerak perlahan-lahan mengekori aku. Aku berkata dalam hati, “apa masalah mamat ni? Tak ada kerja ke? Apsal dia ikut aku?

“nak pergi ke mana ni?” bersuara pulak posmen itu.

“nak pegi rumah member.

Tiba-tiba dia datang lagi dekat padaku.

“owh.. umur berapa ni?” semak pulak mamat ni, soal umor aku.

“entahlah.. saya pun tak tau umur saya berapa.” Aku jawab acuh tak acuh je.

Aku terus pergi, tanpa menunggu tindakan dia yang seterusnya. Aku baru je gerak 2 langkah ke hadapan. Aku dengar dia cakap something.

“SOMBONG BETUL!”

“haha that is your problem mister!” aku jawab dalam hati..

Hmm.. tanpa mempedulikan posmen itu. Aku teruskan perjalanan aku ke rumah rakan sejati aku, Nur Aqilah. Aku tiba sahaja di hadapan rumahnya. Aku lihat ibu bapa Aqilah dan Aqilah datang menyambutku dengan senyuman mereka yang terukir manis dibibir mereka. Aku terus salam mereka.

“Isya!! Mari la masuk. Makanan semua dah siap terhidang. Mummy masak special khas untuk Isya tau.” Aqilah datang peluk aku. Erat sangat.

“oh ye ke? Perut saya ni pun tengah lapar ni, dari tadi asik bernyanyi je.”

“HAHA. Apa lagi, masuklah.”

Kami semua duduk sekeliling meja makan. Hmmmmmm~~~ sedapnya bau… auntie Bell memang mahir memasak. Lepas kami makan, aku dan Aqilah tolong aunty Bell kemas-kemas apa yang perlu. Setelah selesai mengemas, kami semua berkumpul di ruang tamu yang dihias dengan bunga-bunga yang segar. Hmm.. aku pelik dengan tikah-laku mereka. Mereka macam ada sesuatu yang mereka hendak katakan. Tapi apa ya? Disebabkan mereka tidak mahu mengeluarkan kata-kata mereka, jadi aku la yang mulakan.

“Kenapa semua orang diam? Ada apa-apa ke?”

“urm. Isya, aunty and uncle and whole family dah bercadang nak ambik Isya sebagai anak angkat kami. Kami tak nak Isya tiggal sendirian dalam rumah Isya tu. Jadi, nanti Isya balik rumah.. Isya fakir-fikirkan lah dahulu. When you are ready, please tell us ok? Kalau boleh immediately please. Kami semua sayang Isya.” Panjang lebar aunty Bell terangkan kisah sebenar sebalik kesepian mereka.

“urr… Isya tak sangka pulak perkara ini akan berlaku pada Isya. Isya pun tak pernah terfikir nak keluarga angkat. Bagilah Isya masa untuk buat keputusan.”

“tak apa. Isya ambillah masa untuk berfikir. Uncle tak nak buru-buru pun. Tapi lagi cepat, lagi bagus.” Uncle Zairie berkata dengan nada yang girang.

“ma, pa. Ila nak bawak Isya jenjalan kat taman kejap ye?”

“pergilah. Tapi jangan pulang lewat tau.”

“baik, pa. Pergi dulu.”

Kami duduk di bawah pokok kembong yang berbunga putih. Bunganya harum. Haa~ Kami berdua berlabuh di bawah pohon yang rendang ini. Mata kami menikmati keindahan pemandangan dari atas bukit taman ini. Syukur terhadap Ilahi yang telah mengurniakan keindahan alam ini buat kami.

“Isya, saya harap awak terimalah kami sebagai keluarga angkat awak. Saya tak sabar dah ni!”

“awak ni Qila. Sabar-sabar la. Saya baru je dapat berita ni hari ini.”

“hekhekhek. Tau. Saja je.”

“Qila, awak kata awak ada abang. Tapi saya tak Nampak pun abang awak tadi.”

“owh. Abang Sham ada dekat Mekah. Ada kerja dekat sana.”

“Laaa.. patutla tak Nampak dia tadi.”

“hehe.. Isya pernah jumpa abg Sham sebelum ini?”

“rasanya tak pernah. Awak tak nak showoff kat saya pun.. hehe”

“eleh.. saya pula awak salahkan. Bila dia ada, awak tak nak datang. Padan muka!”

“saya pulak.”

2 ulasan:

  1. wow.. cerpen yg menarik! duduk seorang je ke? bahaye tu...awak study kt mana?

    BalasPadam
  2. tq mr.hafiz. study dekat puchong :D

    BalasPadam